26 October 2014

KALAM PRESIDEN


#Kalam Presiden Rakan Pusat Islam#

"Perpaduan Nadi Transformasi Negara".

Tema Maal Hijrah 1436H/2014M

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh. Pejam celik pejam celik, telah tiba tahun baru hijrah yang ke 1436H yang bermaksud telah berlalu setahun lagi hidup kita di muka bumi Allah ini. Jika kita amati, amat singkatnya hidup kita di atas muka bumi ini, jadi mari kita sama-sama beramal selagi mana nyawa masih dikandung badan.

'Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan'

Dua ungkapan lagu nasyid nyanyian kumpulan Al Ajiba yang sering berkumandang setiap kali bertandangnya Sambutan Maal Hijrah, membawa mesej yang jelas kepada kita tentang maksud sebenar di sebalik Hijrah itu sendiri. Jika kita amati sirah khususnya sirah tentang Hijrah nabi dan para sahabat, telah banyak menceritakan pengorbanan dan perjuangan mereka untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah yang mana bertitik tolak dari peristiwa inilah telah tersebarnya Islam sehingga sampai kepada kita pada hari ini.

'Perpaduan Nadi Tranformasi Negara' , tema sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan. Tema yang diketengahkan ini sangat bertepatan dengan hikmah daripada peristiwa Hijrah nabi dan para sahabat yang mana antara perkara utama yang nabi lakukan apabila nabi menjadi ketua negara Madinah, adalah menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang mana sebelum kedatangan Islam adalah kaum yang selalu berperang dan bertelagah , dan gabungan kaum ini menjadi kaum Ansar dan nabi menyatukan kaum Ansar dan juga Muhajirin. Bertitik tolak daripada penyatuan inilah dapat memacu pembangunan dan tranformasi negara Madinah untuk lebih maju dari segi spiritual dan juga material.

Berkebetulan dengan tarikh ini juga , genap 100 hari terhempasnya pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. Sama-samalah kita berdoa agar roh mangsa yang beriman dicucuri rahmatnya dan diberi kesabaran dan kekuatan kepada keluarga mangsa untuk melalui ujian yang berat ini. Kami dari Rakan Pusat Islam mengutuk sekerasnya jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dan menuntut mereka yang bertanggungjawab dihadap ke muka pengadilan.

Akhir kata, ampun dan maaf jika ada ketelanjuran bicara.

Sekian, wasalam.

Azrol Bin Jusoh
Presiden Rakan Pusat Islam
UiTM Pulau Pinang
Sesi 2014/2015
'Menerajui Teknokrat Muslim'

SALAM MAAL HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1436
1 MUHARRAM 1436H



KAMI UCAPKAN BUAT SEMUA MAHASISWA/I
SERTA WARGA
KAMPUS UiTM PULAU PINANG

SEMOGA SIRAH NABI TENTANG PENGHIJRAHAN BAGINDA
DARI MEKAH KE MADINAH
KITA AMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN.

PENGHIJRAHAN ITU MERUPAKAN SATU LANGKAH YANG DISUKAI
OLEH ALLAH.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERHIJRAH UNTUK MENJADI
YANG LEBIH DARI SEBELUMNYA.

KITA MULAKAN TAHUN BARU INI DENGAN KEBAIKAN
DAN AMAL KEBAJIKAN YANG MEMBOLEHKAN KITA MENYALURKAN KHIDMAT
KITA KEPADA MASYARAKAT.

"PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"

PIMPINAN RAKAN PUSAT ISLAM  (IJAZAH)
UiTM PULAU PINANG

08 October 2014

‘Terima Kasih’ kerana rosakkan saya

‘Terima Kasih’ kerana rosakkan saya
Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat , bibir saya kelihatan suram
Saya memakai kaca mata
saya tak memakai make-up
bagi saya cantik itu tidak penting
yg penting kelihatan depan Allah , Tuhan kita
Terima kasih kerana rosakan saya
Saya seorang pendiam , kurang cakap sebab di tuntut dalam agama
Berfikir tentang kebesaran Nya
Waktu2 lapang saya , saya habiskan baca Al-Quran ,
smartphone di tangan bila perlu sahaja
saya suka berkebun dan tanam bunga , saya senyum lihat bunga saya
Terima kasih rosakan saya
Saya jarang tgk cermin ,
Sebab bila saya tgk cermin
Msti ada bisikan kata ‘ awak cantik , awak cerah , awak paling cantik’
Saya tak layan sebab saya tau ianya bisikan syaitan
Saya ignore , saya kekal dgn tudung labuh hitam saya
Saya tidak mengambil gmbar saya , saya tidak post gmabar saya dalam pesbuk
Atau media social yg lain , saya tidak harap manis depan manusia
Tapi manis depan Allah SWT
Terima kasih rosakan saya
Saya suka menulis post Islamic agar berdakwah di facebook
Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat
Saya senyum di samping Al-Quran dan tasbih di tepi saya
Saya gembira ada kawan sehaluan saya
Terima kasih rosakan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah ,terlihat awak memandang saya
Pandangan awak terus ke mata saya
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah
Setiap hari awk memandang saya
Saya berasa malu , awak pandang saya
Saya Tarik hand-sock saya , tutup mulut saya
Saya segan bila awak tenung saya ,
Terima kasih rosakan saya
Saya teringat kat awak, tiada lelaki pernah begitu dgn saya
Saya ternanti2 bila lagi awak tenung saya
Kadang2 saya tersedar semua ini salah
Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak mendominasi saya
Terima kasih rosakan saya
Biasanya saya menghabiskan masa membaca Al-Quran seperti biasa
Berusrah , dan membaca hadis
Menelefon mak saya
Tapi….
Suatu malam ,
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya
Saya tengok gmbr dia , gmbar dia
Saya tersenyum lebar. Awak cakap ‘Asalamulaikum “
Saya jawab ‘ waalaikumsalam”
Awak tnya esok kelas start kul brapa
Saya jawab kul 10 …..
Awak kata nak berkawan dengan saya
Saya kata insha Allah boleh…..
Dan berterusann…………………………………………….
Terima kerana rosakan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsap saya
Saya tunggu
Dan awak memang akan whatsapp saya
Saya gembira awak gembira
masa kosong saya
tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan saya
tapi…. Dlam tu ada awak , awak temankan saya
kita hari2 texting , tu x ? saya suka
Terima kasih kerana rosakan saya
Saya suka awak pandang saya ,
Dan awak kata saya senyum manis ,
Saya tengok cermin , ermm memang betul la yg awak kata
Saya tengok cermin ,
Saya kata dengan diri saya , awak suka muka saya
Terima kasih rosakan saya
Hari tu , saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink
Then awak whatsapp , awak kata saya manis dengan tudung pink tu
Saya senyum , awak kata ‘saya suka awak’
Saya jugaaa
Terima kasih kerana rosakan saya
Saya tukar dp whatsapp saya , dgn gmbar saya
Gmbar saya tidak memakai tudung labuh , tapi tudung bawal
Awak kata , saya lebih manis
Saya suka bila awak cakap macam tu
Kawan2 saya tahu psal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakan saya
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya
Hehe, saya suka
Terima kasih kerana rosakan saya
Saya terkejut bila kawan saya bgi saya chocolate
Dia kata dari awak , saya gembira
Saya tak sampai hati nak makan
Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka
Terima kasih rosakan saya
Hari ni saya pergi kuliah
Tidak tudung labuh , saya pakai tudung bawal
Yg awak kata saya lebih mainis
Saya tidak pakai kaca mata
Saya pakai contact
Seperti saya harap , awak kata saya lebih manis, saya gembira
Terima kasih rosakan saya
Tiap2 malam kita sembang
Awak bgtau masalah awak
Saya bgitau masalah saya
Saya ada awak
Awak ada saya
Tetapiiiiii
Tiba2 awak jarang dah whatsapp saya
Saya tunggu , awak tak wahtsapp
Saya whatsapp , awak tak balas
Saya sedih
Terima kasih rosakan saya
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru utk whatsapp with
Awak tinggalkan saya
Saya rasa macam kena tipu
Tapi mcmna nak marah
Kita just kawan
Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak
Awak tak pandang saya lagii
Awak tak fikirkan saya lagi
Saya kecewa
Saya pandang cermin , saya buka tdung
Saya memakai lipstick merah
Agar awak pandang saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu
Tapi awak tak pandang saya lagi
Awak sibuk dengan si Dia
Terima kasih rosakan
Saya cari orang lain, saya berlipstick merah
Saya cari orang lain
Untuk cemburukan awak, tapi awak tiada respond
Awak tak kisah
Saya tekad
Saya berkepit dengan orang baru saya
Saya senyum dengan lipstick merah saya
Tapi awak tidak kisah ,sebenarnya saya taknak dia
Saya nak awak
Saya tekad upload gambar
Saya bercium dengan orang baru saya
Tapi awak tidak kisah
Awak…..
Saya menangis…….
Menangiss…..
Berfikir dua kali , saya .. saya menangis…
Bukan sebab awak , sebab saya dah lain
Saya hilang diri saya yg dulu , saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah
Saya…. Allah help me
Astaghfirullah
# Nafsu itu menyerang sesiapa sahaja , kita mesti kawal
Jgn termakan pujukan dunia , mari kita sama2 berjuang kerana Nya
Copyright© All Rights Reserved RakanPusatIslam-UiTMPulauPinang