04 September 2014

Tabahkan Hati Ini

Dia termenung di sebalik jendela itu,
Berbagai perkara berlegar di fikirannya,
Assignment, Test, Final Exam, Gerak kerja persatuan,

"Huhhhh"
Mengeluhnya sendirian.

"Sampai bila aku nak jadi macam ni?"
"Tak tenang tau dak jiwa aku?!!"
"Harap je buat gerak kerja Islam, tapi, akademik merudum jatuh, ukhwah dengan sahabat renggang, call umi abah jarang, ada masalah hati dan yang paling teruk..."

Tiba-tiba,
Setitik air mengalir menyusuri pipinya.
Bukan dia tidak kuat, cuma dia sahaja yang tidak mahu mencari 'sumber' kekuatan itu sendiri.

Hujan lebat turun dengan tiba-tiba,
bagaikan tahu bahawa dirinya sedang dilanda dilema dan kesedihan.

Terngiang pula kata-kata seorang sahabat di fikirannya,
"Kekuatan tu ada daripada Allah, jadi pohonlah ia dariNYA. Jangan sesekali mengalah dan teruskanlah melangkah meskipun kau jatuh tersungkur beribu kali. Yang penting, yakin akan janjiNYA."

Hari yang suram itu menambahkan lagi rasa serba salah pada dirinya,
Ingin mengangkat nama Islam, tetapi diri sendiri pun terumbang ambing bagaikan tiada tali untuk berpaut.

"Wahai diri, janganlah pula kau jadi fitnah buat agamamu. Pejuang Allah kena kuat!"
"Kembalilah pada Allah wahai diri yang hina. Kamu tidak layak sebenarnya untuk digelar sebagai Mujahid andai diri kau pun lemah dan jauh daripada Allah."

Air matanya deras mengalir.
Dia kembali memujuk hatinya untuk kembali kuat dan tabah!
Muhasabah diri.
Ya, muhasabah diri, itulah yang terbaik.
Tetapi, setelah itu haruslah diikuti dengan tindakan dan bukan teori semata-mata.

"Zakri, infiru! La tahzan innallaha ma'ana."
Air mata yang mengalir tadi menjadi saksi akan azam pada dirinya.
Ya, semalam dan hari-hari yang sebelumnya dia lalai akan siapa dirinya yang sebenar.
Tetapi, pada hari ini,
Dengan izinNYA, Hati dia tersentuh untuk kembali pada landasan seorang pejuang agama yang benar.

Ini bukan main-main,
Ini adalah sebuah landasan untuk menuju ke 'negeri' yang indah di sana kelak.

*Moga hati kita kuat untuk menyelusuri jalan ini. In shaa Allah

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved RakanPusatIslam-UiTMPulauPinang